Friday, April 23, 2010

MALAYSIA PUSAT KECEMERLANGAN PELBAGAI BIDANG

Malaysia adalah antara negara yang cemerlang dalam pelbagai bidang.Sebagai contoh,Malaysia telah menjadi pusat kecemerlangan
dalam bidang pendidikan,perubatan dan bioteknologi.Semakin ramai graduan dari pelbagai jenis universiti sama ada dari dalam atau luar negara yang menjadi
penyumbang kepada kemajuan negara bagi ketiga-tiga sektor ini.

Terdapat empat strategi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau.
Pelaksanaan strategi ini dilakukan kerana kerajaan sentiasa mengiktiraf kepentingan ilmu pengetahuan serta pendidikan demi kebaikan negara serta
pembangunan individu.Strategi pertama ialah polisi dan infrastruktur pendidikan mencukupi.Kedua,negara perlu mengiktiraf kepentingan untuk
mengantarabangsakan sektor pendidikan.Ketiga,Malaysia perlu mengiktiraf perkembangan pembangunan teknologi terkini.Manakala yang keempat,
mengekalkan standard serta kualiti perkhidmatan pendidikan.


Mantan Perdana Menteri kita,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata dalam ucapannya pada 26 September 2008 bertempat di majlis perasmian
Universiti Nottingham Kampus Malaysia iaitu beliau mahukan lebih banyak universiti ternama dunia membuka cawangan di Malaysia Malaysia mencapai status
pusat kecemerlangan pendidikan serantau.Matlamat utama dalam mencapai hasrat ini adalah pada 2010 Malaysia mahu menarik lebih 100 000 orang pelajar
asing belajar di negara ini.Beliau juga meminta universiti-universiti ternama yang telah membuka cawangan di Malaysia dapat membantu meningkatkan kualiti
pensyarah-pensyarah negara.Beliau juga berkata Universiti Nottingham misalnya perlu meningkatkan jumlah pensyarah rakyat Malaysia dan dapat menghantar
mereka mengajar di United Kingdom atau cawangan-cawangan lain seperti di China.Menurut beliau,dengan cara itu,kualiti serta standard pensyarah rakyat
Malaysia akan dapat ditingkatkan dan diteriam oleh negara-negara lain.

Kerajaan akan membantu mempromosikan pelancongan perubatan di luar negara melalui tiga kementerian dengan kerjasama Persatuan Hospital Swasta
bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Perubatan.Menteri Kesihatan menjelaskan,tiga kementerian itu ialah Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pelancongan,dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).Promosi tersebut turut melibatkan 23 buah hospital swasta yang
mempunyai pusat kepakaran masing-masing yang mampu menarik minat pesakit terutama sekali dari negara-negara yang membangun.Selain itu, kerajaan juga
akan berusaha untuk memendekkan masa menunggu untuk mendapatkan rawatan.Tambahan pula,Malaysia berupaya menyediakan pakej-pakej perubatan
yang mampu dibayar oleh pesakit-pesakit dari negara jiran untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik.Seatkat ini,Malaysia mencatat peningkatan jumlah pesakit
luar negara yang mendapatkan rawatan di 13 buah hospital swasta daripada 30,000 orang pada tahun 1998 kepada 77,000 orang pada tahun 1999.
Bagaimanapun katanya,hanya enam buah hospital yang telah memberi perolehannya iaitu RM10 juta pada tahun 1998 dan meningkat kepada RM15.8 juta pada
tahun 1999.

Bioteknologi dianggap sebagai bidang teknologi yang penting untuk pembangunan masa depan negara.Bidang tersebut dianggap sebagai teknologi teras
yang boleh melonjakkan Malaysia menjadi negara industri menjelang tahun 2020.Teknologi ini boleh dimanfaatkan dalam banyak sektor misalnya penjagaan
kesihatan,meningkatkan kualiti dan kuantitihasil pertanian,menambah dam mempelbagaikan pengeluaran makanan dan penambahbaikan perlindungan alam
sekitar.Teknologi ini juga dibangunkan menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan dengan menggunakan sumber biologi yang banyak terdapat di
negara ini.Penggunaan bioteknologi atas pelbagai sumber alam memberi hasil yang lumayan kepada negara.Kreativiti dan inovasi dalam bioteknologi telah
berjaya menghasilkan produk baharu yang dapat menjana ekonomi negara.

Terdapat beberapa faedah penubuhan lembah bioteknologi Malaysia seperti menambah peluang pekerjaan,membantu industri kecil dan sederhana,
memantapkan penyelidikan dan pembangunan bioteknologi,penggunaan sumber alam secara cekap dan berkesan,menambah dan mempelbagaikan
produk biologi seperti herba dan ternakan,serta menjadikan Malaysia negara industri.Penubuhan Lembah Bioteknologi Malaysia yang mempunyai pelbagai
kemudahan bertaraf dunia berjaya menarik pelabur asing dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan bioteknologi.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 1970 telah memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera khususnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya. Berikutan itu, berbagai langkah telah diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan kepada golongan Bumiputera. Penekanan oleh Kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995.


Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga menjurus kepada dasar-dasar Kerajaan untuk terus menggerakkan negara kearah perindustrian dan perdagangan. Dasar-dasar ini dengan secara langsung telah meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan dari pelbagai kaum.


Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.

Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.

Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ialah sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan latihan untuk menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dan kreatif berlandaskan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan pendidikan seni ke arah meningkatkan bakat, keupayaan dan kewibawaan penggiat seni dan karyawan yang profesional dan berilmu. Fokus pembelajaran kepada amali memastikan pelajar mencapai tahap kemahiran berkarya yang tinggi dan bakat yang gemilang.

Siswazah ASWARA akan menampung keperluan tenaga mahir dalam bidang kesenian dan kemahiran ini dapat mengisi keperluan tenaga profesional yang terlatih dalam bidang seni seperti anggota orkestra, pencipta, penggubah, pelakon, penulis skrip, pendidik seni serta lain-lain kerjaya yang berkaitan dengan industri seni hiburan.

Peningkatan profesionalisme dan intelektualisme ini akan membantu industri seni dalam usaha memulihara dan meningkatkan keunggulan warisan seni negara ke tahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sehingga kini, ratusan filem Melayu telah mewarnai arena perfileman di negara ini meliputi pelbagai genre seperti seram, komedi dan aksi.

Dalam tempoh lebih separuh abad itu, pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan bagi memajukan lagi industri perfileman tanah air.

Antaranya dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 26 tahun lalu yang bertujuan menggalakkan perkembangan dunia perfileman tempatan.

Selain itu, badan berkanun di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) itu juga banyak memberi insentif termasuk menyediakan bantuan berbentuk dana perfileman berjumlah RM50 juta kepada para pembikin filem tempatan.

Kita tidak boleh menafikan kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan oleh kementerian dan badan berkanun itu demi melihat kecemerlangan dalam industri perfileman kita.
Festival Kraf yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay di sini sudah mencatat jualan yang memberangsangkan berjumlah RM1.3 juta.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jumlah jualan itu menjadi petunjuk terbaik bahawa permintaan produk kraftangan tempatan semakin meningkat.

Beliau berkata, sambutan daripada kedutaan-kedutaan asing juga amat membanggakan apabila hampir semua daripada mereka menghantar wakil untuk mengunjungi festival yang berlangsung sehingga 24 Mac ini.

"Kami mengunjurkan dalam tempoh lebih kurang dua minggu, penjualan akan terus meningkat dan ini akan menjadi cerminan kepada kejayaan industri kraf di Malaysia.

"Kedutaan-kedutaan luar juga datang... dan mereka telah memberi komitmen untuk datang dan membeli-belah, termasuk membeli artifak yang ada dalam simpanan galeri Kraftangan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program tinjauan mesra Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke festival yang dianjur bersempena sambutan Hari Kraftangan Kebangsaan 2010.

Festival berkenaan menampilkan pelbagai produk kraf tangan terkini yang terdiri daripada hasil rimba, tekstil, seramik, rotan dan aneka kraf.

Mengulas mengenai tinjauan mesra itu, Rais berkata, Perdana Menteri memberikan reaksi positif terutama dari aspek skala penganjuran festival.

Katanya, Perdana Menteri juga menunjukkan minat yang tinggi terhadap seni ukiran kayu serta produk hiasan daripada seramik.

"Malah beliau sendiri banyak juga membeli barang-barang untuk perhiasan Seri Perdana dan koleksi beliau sendiri," katanya.

Mengulas mengenai tema festival 'Kraf Inovatif dan Kreatif' Rais berkata, ia diterjemahkan oleh banyak produk kraftangan baru yang menggunakan aplikasi rekaan bantuan berkomputer (CAD).

Beliau juga optimis bahawa penggunaan CAD secara meluas akan membuka satu lembaran baru dalam industri kraftangan tempatan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Kerajaan negeri menyarankan supaya lebih ramai belia tampil melibatkan diri dalam industri penternakan dan menjadikan bidang itu sebagai salah satu kerjaya pilihan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi, kerajaan sentiasa memberi sokongan dan menyediakan pelbagai insentif sebagai galakan kepada golongan belia yang berminat menceburi bidang penternakan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labu berkata, industri ternakan juga mampu menjana pulangan lumayan di samping menyeimbangkan krisis kenaikan harga bahan makanan di negara ini.

''Sehubungan itu, saya menyarankan agar lebih ramai belia di negeri ini yang menyahut seruan kerajaan untuk merealisasi hasrat menjadikan bidang pertanian itu satu perniagaan," ujarnya.

Hasim berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Kursus Usahawan Belia Ternak Peringkat Negeri Sembilan 2008 di Ladang Ternak Al-Barakah, Kampung Kondok di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Khaidir Jamal dan Pengerusi Al-Barakah Global Food Industry Sdn. Bhd., Idris Haron.

Kursus penternakan kambing baka Jamnapari yang berlangsung selama lima hari tersebut dihadiri oleh seramai 53 peserta yang mewakili persatuan-persatuan belia di negeri ini dan dari negeri-negeri lain seperti Johor, Melaka, Selangor, Terengganu dan Perak.

Jelas beliau, pada masa ini kerajaan merancang untuk mengurangkan import daging yang nilainya mencecah hingga berbilion ringgit setiap tahun.

Justeru itu, tambahnya, perkembangan dalam bidang penternakan haiwan seperti kambing dan lembu boleh mengurangkan kebergantungan negara terhadap import daging dari luar negara.

Dalam pada itu, Hasim berharap belia yang menyertai kursus berkenaan sentiasa gigih dan bersemangat cekal untuk muncul sebagai usahawan ternak yang berjaya.

''Golongan belia perlu membuktikan mereka boleh berjaya dalam bidang ini dan kerajaan sentiasa bersedia membantu mereka dari segi khidmat nasihat serta bantuan kewangan bagi mencapai matlamat tersebut," ujarnya.

Selain itu, beliau juga mahu peserta-peserta memanfaatkan pengetahuan berkaitan penternakan kambing yang telah dipelajari dengan sebaik-baiknya serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada rakan-rakan belia lain di kawasan masing-masing.

Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada industri-industri yang bercorak gantian import.

Sejak tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yang menggunakan ramai buruh.

Mulai tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan menerusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan secara langsung di dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri-industri berat memandangkan sektor swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang.

Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan masih wujud di dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport adalah tidak begitu memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport barang-barang pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri sahaja seperti elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara asing. Ini disebabkan tahap teknologi yang masih rendah dan kurangnya kemahiran rakyat tempatan untuk mempertingkatkan atau memperbaharui teknologi yang diterima dari luar. Satu masalah besar ialah kurangnya hubung kait di antara sektor perindustrian dengan sektor-sektor lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan ke belakang (back-ward and forward integration.) Industri-industri yang ditubuhkan juga kurang mempunyai nilai ditambah (value added) kerana banyak menumpukan kepada aktiviti pemasangan sahaja. Oleh itu, sekiranya sektor perindustrian dikehendaki terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, perlulah diwujudkan matlamat- matlamat jangka panjang yang disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru.

Selaras dengan hasrat untuk mengenal pasti kelemahan ciri-ciri struktur serta mengatasinya, kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP). KDPM bertujuan untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada dan mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport. PIP pula bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenal pasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh deng Golongan belia di Sabah perlu merebut peluang pekerjaan dalam sektor perladangan yang kini masih lagi dikuasai pekerja-pekerja asing.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, ketika ini sektor perladangan masih lagi bergantung dengan tenaga kerja asing dan keadaan tersebut perlu ditangani segera.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri memberitahu, keperluan tersebut perlu diisi khususnya oleh lepasan pusat-pusat latihan vokasional pertanian di negeri ini.

"Pusat latihan ini perlu dilihat menjadi penyumbang kepada tenaga terlatih dan menjadi sumber penting untuk membekalkan tenaga mahir khasnya bagi peringkat penyelia ladang.

"Justeru saya mahu pusat ini menilai semula dan memperkemaskan kurikulum atau sukatan pelajarannya supaya menambah lagi daya saing pelatih," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur pada majlis penyampaian sijil Pusat Latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu di sini hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun menggesa belia Sabah yang merempat dan menganggur di Kuala Lumpur supaya balik dan bekerja dalam sektor perladangan di negeri ini.

Kata Masidi, terdapat peluang pekerjaan yang mencukupi dalam bidang perladangan di Sabah sekiranya belia-belia tersebut bersedia untuk melakukannya.

Menurutnya, terdapat kira-kira 200,000 hingga 300,000 pekerja asing bekerja dalam sektor ladang di negeri ini dengan gaji antara RM900 hingga RM1,200 sebulan.

Yahya berkata, peluang pekerjaan dalam sektor perladangan adalah besar misalnya ladang kelapa sawit di Sabah mempunyai keluasan lebih 800,000 hektar milik kerajaan dan pihak swasta.

Sementara itu, beliau mahu hasil pertanian dari Sabah mampu menembusi pasaran luar selain memenuhi keperluan sara diri.

Sehubungan itu katanya, tumpuan serius perlu diberi terhadap program Amalan Pertanian Baik (GAP), Skim Amalan Ladang Malaysia (SALM) serta Skim Organik Malaysia (SOM).

"Untuk menjamin keperluan dalam negara pula, program kerajaan seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dimulakan di Tawau akan diperluaskan ke daerah lain," katanya.

Dalam pada itu katanya, bagi membangunkan sektor pertanian secara keseluruhan, kerajaan membelanjakan RM33.622 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Jelasnya, sebanyak RM23.372 juta adalah peruntukan di bawah kerajaan negeri manakala selebihnya disalurkan oleh kerajaan Pusat.

Dasar utama perindustrian telah mengambil kira beberapa prinsip asas yang terkandung di dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.

LAZIMNYA graduan bidang teknologi maklumat akan memilih untuk ditempatkan di dalam tiga kor Tentera Darat (TD) yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang tersebut. Kor-kor tersebut ialah Rejimen Semboyan Diraja, Kor Risik Diraja dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja.

Bagaimanapun, bagi Kapten Anthony Yeap Hock Chai, 26, beliau merasakan ketiga-tiga kor-kor tersebut sudah pun mempunyai banyak pakar-pakar teknologi maklumat.

Oleh itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer itu berpendapat sudah sampai masanya untuk beliau menyumbangkan kepakaran yang ada dengan memilih kor-kor lain dalam TD.

Meskipun, timbul sedikit keraguan di atas langkahnya itu, namun beliau percaya pada zaman teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) ini, biar di mana pun kita berada, semuanya akan memberi keutamaan kepada ICT.

Selepas dibuat kajian terperinci, lulusan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) itu, akhirnya, memilih Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) sebagai medan untuknya mengaplikasikan segala pengetahuan yang ada dalam bidang teknologi maklumat.

Dan kini, setelah empat tahun bertugas di KPD, anak sulung daripada tiga beradik itu boleh tersenyum kerana pilihannya itu tidak menjadi sia-sia.

Malah kata anak jati Kuala Lumpur itu, KPD sebenarnya mempunyai potensi besar dan menawarkan banyak ruang bagi seseorang graduan teknologi maklumat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari.

``Ada banyak benda berkaitan ICT sebenarnya boleh dilakukan di sini,'' katanya yang kini bertugas sebagai Ajutan di Pusat Latihan Kor Perkhidmatan (Pulmat), di Taiping, Perak.

``Bidang perkhidmatan mencakupi perkara yang luas. Ini termasuklah pengangkutan, sajian, hantaran udara dan bermacam lagi.

``Di bawah bidang pengangkutan sahaja kita boleh melakukan banyak perkara berkaitan teknologi. Peralatan seperti Vehicle Speed Monitoring dan Turbo Log yang dipasang pada kenderaan salah satu aspek teknologi yang boleh dibangunkan.

``Seperti kita tahu, KPD mempunyai bermacam-macam jenis kenderaan pengangkutan.

``Oleh itu, saya merasakan KPD merupakan salah satu kor yang boleh dibangunkan. Lagi pun, KPD bukan sebuah Kor Infantri,'' katanya lagi.

Mencerita lanjut, beliau berkata, antara tugas besar yang dilakukannya ialah menjadi pegawai yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal pemasangan dan pengoperasian sistem memandu berasaskan simulasi.

Sistem memandu simulasi itu merupakan satu kaedah latihan baru di Sekolah Memandu Pulmat yang sebelum ini lebih memberi tumpuan kepada latihan berbentuk statik.

Sistem sebanyak 18 unit itu telah ditempah daripada sebuah syarikat Korea Selatan.

Menurut Anthony, selain memantau pemasangan sistem simulasi itu, beliau turut terbabit dalam hal-hal lain seperti mencantumkan peralatan-peralatan lerai dengan rangka utama untuk mendirikan stesen simulasi memandu, pemasangan sistem komputer, perisian, perhubungan dan sistem rangkaian.

``Saya turut terlibat dalam pengujian sistem komputer dan perisian serta pengubahsuaian perisian mengikut keperluan Pulmat,'' katanya.

Menurutnya, semua tugas itu menambahkan lagi keseronokan bekerja kerana ia melibatkan ICT.

Selain itu, katanya, keputusan TD untuk melengkapkan sekolah memandu di Pulmat dengan sistem latihan memandu berasaskan simulasi itu membolehkannya memperluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam ICT.

Anthony menambah, keputusan Markas TD menjadikan pusat-pusat latihan termasuk Pulmat sebagai perintis dalam pelaksanaan program ICT membuka lebih banyak ruang untuknya menyumbang kemahiran yang ada.

Mengenai pembabitan dalam pasukan keselamatan pula, beliau berkata, semuanya berlaku secara kebetulan.

Tawaran menarik memasuki ATMA yang disiarkan oleh akhbar mendorong beliau untuk mencuba nasib.

``Saya berjaya dalam permohonan saya dan selepas itu semuanya menjadi sejarah,'' kata bekas pelajar Sekolah Menengah Victoria Institution, Kuala Lumpur itu.

Beliau juga tidak menolak, pemilihan itu turut didorong oleh ayahnya yang juga merupakan seorang bekas tentera.

Ayahnya, Yeap Hock Eng merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertugas di Markas Tentera Udara (MTU) dan pangkat terakhir sebelum bersara ialah Pegawai Waran.

Oleh itu katanya, yang pernah bertugas di Batalion 74, KPD Kem Sungai Besi, bidang ketenteraan bukanlah sesuatu yang asing baginya.

Mengenai jawatan hari ini, beliau berkata, ia merupakan satu penghormatan kepadanya selaku pegawai muda.

Menurutnya, ia turut membuktikan bahawa peluang sentiasa ada kepada sesiapa sahaja di dalam ATM, tidak kira dari kaum apa mereka datang.

``Ajutan merupakan satu jawatan berat dan penting. Ia melibatkan disiplin dan pentadbiran anggota. Pun begitu, sebagai seorang pegawai muda saya tetap diberi kepercayaan memikul tanggungjawab itu,'' katanya.

Beliau menambah, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan tugas sekarang.

Menurutnya, ada banyak lagi perkara melibatkan ICT boleh dilaksanakan seperti dalam bidang penyimpanan senjata dan keselamatan.

Katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan anggota dan pegawai-pegawai lain, meskipun masih baru dan juga berlainan keturunan.

``Apa yang penting ialah sifat saling hormat menghormati khususnya melibatkan orang yang lebih tua daripada kita.

``Dunia kerja di sini tidak banyak beza dengan dunia pekerjaan luar. Ada kerja dan ada beban kerja,'' katanya.

Bagaimanapun, Anthony sedar beliau masih baru dan perlu mempelajari lebih banyak perkara.


DATUK Seri Najib Razak mahu hubungan dua hala antara Malaysia dan China yang terjalin sejak 1974 terus diperkukuhkan dalam pelbagai bidang, dengan jumlah perdagangan kedua-dua negara ditingkatkan sehingga sekali ganda dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang. Perdana Menteri berkata, China ketika ini sudah menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara tahun lalu mencecah AS$52 bilion (RM166.3 bilion).

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.

Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S&T yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."

Matlamat meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih."

Keupayaan Sains dan Teknologi dan Kaitannya Dengan Pembangunan Sektor Perindustrian

Pembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan menjayakan pelaksanaan program dengan segera dan usaha mempercepatkan perindustrian adalah hasrat utama Wawasan 2020. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020 telah mengenalpasti beberapa masalah perindustrian yang perlu diatasi, antaranya ialah:

(i) Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil sahaja. Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang dinamik bergantung kepada usaha dan keupayaan untuk mempelbagaikan asas sektor pembuatan;


(ii) Sungguhpun pelaburan kian bertambah, umpamanya penambahan industri perkilangan di zon perdagangan bebas, namun permintaan mereka terhadap barangan perantaraan tempatan amatlah kecil. Kebanyakan perolehan barang perantaraan mereka masih diimport berasaskan kepada sebab pengusaha-pengusaha barangan perantaraan negara ini tidak berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu atau pada kos dan harga yang berpatutan. Tindakan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan rangkaian antara industri dalam ekonomi dan juga keupayaan teknologi pengusaha-pengusaha tempatan;


(iii) Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan industri yang terlalu menekan kepada kerja pemasangan dan proses pengeluaran yang mudah; dan
(iv) Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan oleh kenaikan kos tenaga kerja, bahan mentah dan kos pengendalian. Peningkatan kos ini perlu diimbangkan dengan peningkatkan kecekapan dan produktiviti.


Kepentingan peranan S&T dalam usaha mencapai strategi dan matlamat rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima pengakuan umum di kalangan pakar-pakar akademik dan industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran S&T adalah merupakan satu daripada penyelesaian yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020 untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI dan juga Universiti Pertanian dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor pertanian di negara ini.

Pengurusan S&T yang bijak nyata telah memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha penyelidikan ini dapat mengekalkan taraf negara ini sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada yang utama di dunia. Kejayaan ini telah dicapai hasil dari kesedaran Kerajaan tentang perhubungan yang rapat antara rancangan membangunkan keupayaan S&T dengan rancangan pembangunan ekonomi negara, dan perkaitan ini telah diambilkira mulai Rancangan Malaysia Kelima apabila S&T diberi peranan yang diselaraskan dengan pembangunan ekonomi keseluruhan.

Malaysia kedua selepas India berjaya dalam pelancongan


SUASANA pembelajaran di Glion, Switzerland.
SELAIN Les Roches - yang mempunyai 23 pelajar Malaysia - terdapat empat pelajar Malaysia sedang belajar di institusi pengajian tinggi Glion di bidang hospitaliti dan perhotelan.

Naib Presiden Pemasaran Global di Glion, Michael Huckaby melihat perspektif pekerjaan dibidang perhotelan dan industri pelancongan di Malaysia, ``sangat berkembang pesat.''

Beliau cukup kagum dengan cara kerajaan Malaysia mempromosikan keunikan budaya tempatan di mata dunia dan perkembangan itu menarik minat Laureate Hospitalitiy Education (LHE).

Sebagai maklumat latar, LHE ialah rangkaian institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus perhotelan dan hospitaliti terbesar di dunia.

Bukan sahaja yang terbesar, tetapi mempunyai mutu dan akreditasi tertinggi.

Para pelajarnya mengikuti latihan industri di hotel terkemuka di segenap pelosok dunia, termasuk di Malaysia.

Bidang hospitaliti merentasi segala bentuk perkhidmatan merentasi sektor seperti ekopelancongan, perubatan, pengangkutan darat dan udara, penganjuran majlis dan sebagainya.


MICHAEL HUCKBAY
Kata Huckaby, Malaysia menawarkan spektrum pelancongan yang cukup luas, meliputi pengembaraan lasak, perubatan, kesihatan, golf, ekopelancongan dan hidupan liar.

Malaysia pada 2008 katanya, menyediakan 822,900 peluang pekerjaan di bidang berkaitan hospitaliti dengan kadar pertumbuhan 6.4 peratus setahun.

Kajian beliau mendapati, dalam tempoh sembilan tahun, bilangan ketibaan pelancong di Malaysia meningkat sehingga 280 peratus, atau daripada 5.5 juta kepada 20.9 juta.

Malah, kata Huckaby, Malaysia adalah salah sebuah negara yang paling awal memberi tumpuan kepada ekopelancongan.

Menjelang 2010, Malaysia diramalkan akan mempunyai kadar perkembangan pekerja dalam sektor pengangkutan dan pelancongan, iaitu sekitar 2.9 peratus berbanding purata global iaitu 2.4 peratus.

Bagi beliau salah satu tarikan penting di Malaysia adalah dibidang ekopelancongan kerana Malaysia mempunyai banyak kawasan ekologi tua dan hutan hujan - antara tertua di dunia.

``Kerajaan Malaysia juga tidak lokek berbelanja dalam industri ini,'' ujar Huckaby.

Faktor lain, tambah beliau ialah peningkatan pendapatan golongan pertengahan, minat pelaburan ke Malaysia dan kempen agresif Malaysia Truly Asia.

Institusi pengajian tinggi Glion menawarkan dua kelompok program iaitu pertama, hospitaliti dan kedua, kelompor atur cara (event), sukan dan hiburan.

Kedua-dua kelompok bidang itu menawarkan program daripada ijazah pertama sehingga sarjana.


Bidang Pertanian mempunyai tugas melaksanakan pengembangan aplikasi teknologi isotop dan radiasi di bidang pertanian. Visi Bidang Pertanian adalah mengabdikan potensi ilmu pengetahuan dan teknologi nuklir untuk membantu meningkatkan pengembangan inovasi yang diperlukan bagi pembangunan sektor pertanian yang tangguh dan modern serta sebagai sektor andalan pembangunan nasional. Pertanian tangguh berarti mampu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan petani, kesempatan kerja produktif dan kesempatan usaha berdaya saing tinggi. Pertanian modern berarti memiliki wawasan agribisnis berdasar kaidah IPTEK yang mencakup keseluruhan sistem dan dilaksanakan secara terpadu mulai dari sub-sistem budidaya (produksi), pengolahan hasil (pasca panen dan industri), pemasaran, dan sub-sistem pendukung seperti Sumber Daya Manusia. Misi Bidang Pertanian adalah melaksanakan pengembangan aplikasi teknologi isotop dan radiasi di bidang pertanian yang berkeselamatan handal sebagai pemicu dan pemacu kesejahteraan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.

"Sudah hampir 10 atau 20 tahun sukan di sekolah tidak diutamakan, apa sebabnya tidak diketahui. Sehinggakan di sekolah-sekolah, sukan bukan sesuatu yang dibanggakan berbanding zaman saya muda dulu.

"Ketika itu, sukan suatu yang kita pandang sebagai acara yang menceriakan dan menyeronokkan. Saya telah buat keputusan untuk kembalikan semula kegemilangan sukan di sekolah kerana pembangunan sukan negara bermula di sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, menggariskan lima unsur penting untuk dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Antaranya, beliau telah mengarahkan Bahagian Seni, Sukan dan Ko-Kurikulum di Kementerian Pelajaran supaya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain.

"Kita akan wujudkan pegawai atau pengarah tertentu yang akan ditetapkan untuk menjaga pembangunan sukan di sekolah," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kurikulum berhubung sukan juga perlu dikaji semula bagi menyesuaikan waktu ia dilaksanakan supaya tidak menjejaskan pembangunan akademik pelajar.

"Apa yang ada sekarang ini, sukan ialah untuk beberapa bulan sahaja terutama dua tiga bulan pertama sesi persekolahan dan selepas itu tidak ada lagi.

"Adakalanya, ibu bapa sendiri pun tidak mengetahui bahawa sukan sekolah sudahpun dijalankan. Ini bukan caranya," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata guru terlatih dalam bidang sukan juga akan diperbanyakkan serta pembangunan infrastruktur juga akan diberikan perhatian.

"Kita perlukan tenaga pelatih yang terlatih. Ini (guru terlatih) boleh dikatakan tidak banyak... ada guru biasa pun dilantik sebagai guru sukan," katanya.

Beliau berkata peruntukan Kementerian Pelajaran berjumlah RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah yang diumumkan pada 4 Feb lepas masih belum mencukupi untuk merealisasikan program yang dirancang.

"Jumlah itu mungkin kita akan tetapkan semula. Untuk RMK-10, saya sudah beritahu sebelum ini, kita akan perkukuhkan Bahagian Sukan dan kita tambah peruntukan untuk lima tahun akan datang. Jumlahnya belum kita tetapkan lagi, masih dalam peringkat perancangan," katanya.


Oleh itu,pelbagai langkah haruslah dilaksanakan bagi menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Serantau seperti mewujudkan persekitaran
kondusif,aman dan selamat,menambah bilangan tenaga mahir dalam pelbagai bidang,meningkatkan kualiti pendidikan negara,membangun dan menggalakkan
penyelidikan,mengurangkan karenah birokrasi,menyediakan kemudahan dan prasarana,dasar-dasar menggalakkan pelaburan dan kemasukan teknologi luar
serta mengadakan Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk mendapatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment